Setiap petang Irfan datang hendak tengok mukanya di blog atau Facebook |
Adibah berkongsi kisah sedih dengan Irfan selepas makan |
"Kalah ke?"
"Menang tempat kedua."
"Jadi kenapa sedih?"
"Mail" (Ismail anak bekas jiran kami yang mewakili Sekolah Kebangsaan St. Paul yang keluar juara.
"Kenapa Mail?
"Dia sombong sangat," lalu lelehan air mata kelihatan.
...
Sewaktu melapor diri petang tadi, aku dan Adibah baharu hendak menyuap nasi goreng yang kami masak bersama.
"Irfan! Dah makan belum?," aku mengajak ajak-ajak ayam.
"Belum," katanya jujur dan kami makan bersama nasi yang baharu sahaja disenduk dari kuali.
"Mail ada datang sini tak?," Adibah kudengar bertanya kepada Irfan (Irfan adalah teman bermain Ismail sewaktu tinggal di sebelah rumahku dahulu sebelum mengikut bapanya bekerja di Dubai).
"Ada. Dia baru datang minggu dulu. Dia dah sombong sekarang," adu Irfan.
"Memang dia sombong. Masa jumpa tadi, dia kata dia tak kenal kita," Adibah bagaikan lega kerana andaiannya tidaklah tersasar...
No comments:
Post a Comment