Thursday, January 9, 2014

Mengapa Agro Kraf?


Pertanian adalah perniagaan! Itu kata Agro Bank dan Agro Kraf bersetuju 100 persen.
     Seperti dalam bidang lain, alam pertanian juga menuntut aspek estetika di samping Sains dan Matematiknya.
     Bayangkan pokok getah dan kelapa sawit ditanam bersimpang-siur, orkid mahal ditanam dalam guni baja terbuang atau tomato segar yang baharu dipetik dari ladang dijual dalam bungkusan plastik berwarna hitam legap?
     Pertanian kini bukan sekadar pucuk ubi dan maman. Pertanian merangkum segala aspek yang berkaitan dengannya yang kini lebih mudah dikenali sebagai industri asas tani sehingga wujud kementerian khusus untuknya.
     Bidang pertanian memang memerlukan tafsiran baharu. Pertanian bukan sekadar merangkum buah dan sayurnya tapi cangkul dan mesin pembajaknya, pagar dan pembungkusannya hatta kini pertanian juga adalah pelancongan iaitu Pelancongan Tani.
    Pertanian turut menuntut `craftmanship' iaitu aspek ketukangannya - lanskap bukan sekadar membina air mancur dan rimbunan buluhnya; bahulu gulung juga perlu plastik pembungkus yang boleh melelehkan air liur.
    Jadi, Agro iaitu pertanian WAJIB turut menuntut Kraf. Maka lahirlah Agro Kraf.
   
   

No comments:

Post a Comment