Inilah antara khidmat yang diberikan Agro Kraf.
Thursday, January 9, 2014
Kolaborasi Dengan Kolej Komuniti Rembau
Isnin, tanggal 6 Januari 2014 secara rasmi Agro Kraf menjalankan Kolaborasi Strategik dengan Kolej Komuniti Rembau bersama-sama tiga syarikat lain iaitu Terra Garden Sdn Bhd, Rosmerah Plantation dan Charoen Pokphand Jaya Farm Sdn Bhd.
Melalui MOU ini kedua-dua pihak akan saling berkongsi kepakaran, kemudahan, peralatan dan tempat latihan.
Mengapa Agro Kraf?
Pertanian adalah perniagaan! Itu kata Agro Bank dan Agro Kraf bersetuju 100 persen.
Seperti dalam bidang lain, alam pertanian juga menuntut aspek estetika di samping Sains dan Matematiknya.
Bayangkan pokok getah dan kelapa sawit ditanam bersimpang-siur, orkid mahal ditanam dalam guni baja terbuang atau tomato segar yang baharu dipetik dari ladang dijual dalam bungkusan plastik berwarna hitam legap?
Pertanian kini bukan sekadar pucuk ubi dan maman. Pertanian merangkum segala aspek yang berkaitan dengannya yang kini lebih mudah dikenali sebagai industri asas tani sehingga wujud kementerian khusus untuknya.
Bidang pertanian memang memerlukan tafsiran baharu. Pertanian bukan sekadar merangkum buah dan sayurnya tapi cangkul dan mesin pembajaknya, pagar dan pembungkusannya hatta kini pertanian juga adalah pelancongan iaitu Pelancongan Tani.
Pertanian turut menuntut `craftmanship' iaitu aspek ketukangannya - lanskap bukan sekadar membina air mancur dan rimbunan buluhnya; bahulu gulung juga perlu plastik pembungkus yang boleh melelehkan air liur.
Jadi, Agro iaitu pertanian WAJIB turut menuntut Kraf. Maka lahirlah Agro Kraf.
Tuesday, January 7, 2014
RASMI: Agro Kraf milik penuh keluarga Zulkifli Abu
RASMI: Mulai 1 Januari 2014 Agro Kraf adalah syarikat milik penuh keluarga Zulkifli Abu. Agro Kraf akan membangunkan tanah pusaka seluas lebih empat ekar peninggalan Allahyarham Mr. Alfred Flower @ Mohamed Farid ini yang sejak lebih 10 tahun lalu dipusakai Hajah Rohani Mohamed.
Walaupun pelbagai pihak menawarkan harga yang tinggi untuk dibeli atau dipajak, Hajah Rohani tetap dengan pendirian; ini pusaka Apak dan perlu dipertahankan.
Di sinilah kami anak beranak (Siti Haryati, Siti Atiqah, Siti Adibah) bersama menantu (Abdullah Adiel) dan cucu (Ady Rifqie) memadu kasih.
Walaupun pelbagai pihak menawarkan harga yang tinggi untuk dibeli atau dipajak, Hajah Rohani tetap dengan pendirian; ini pusaka Apak dan perlu dipertahankan.
Di sinilah kami anak beranak (Siti Haryati, Siti Atiqah, Siti Adibah) bersama menantu (Abdullah Adiel) dan cucu (Ady Rifqie) memadu kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)