Friday, October 11, 2013

Simenfero: Cantik Kalau Kita Bijak Merancang Konsep

RUANG bukanlah satu masalah apabila kita merancang lanskap. Ruang kecil persekitaran rumah, sekolah, pejabat atau hotel boleh kelihatan luas dan selesa dipandang sekiranya kita dapat memilih binaan dan tumbuhan yang sesuai.
     Dalam kunjungan ke Batu Sangkar, Pagaruyung, Bukittinggi dan kawasan persekitaran baru-baru ini, saya melihat penduduknya dapat memanfaatkan ruang dengan sebaik-baiknya.
     Misalnya dalam kunjungan ke rumah seorang teman di Pintu Kabun, Bukittingi, Puan Neti Anita ternyata memanfaatkan semaksimum mungkin ruang kecil berhadapan pintu masuk dengan tumbuhan hijau dan sedikit binaan buatan.
Ruang berhampiran pintu masuk rumah minimalis Ibu Neti Anita
     Sewaktu ke SMA Batu Sangkar pula, pihak sekolah juga memaksimumkan ruang berhadapan pintu masuk yang menurun dari aras jalan dengan binaan simenfero yang meniru rupa batang kayu, tunggul, buluh dan sebagainya.  
     Ternyata masalah adalah ruang lebar untuk berkreativiti.
     Kalaulah binaan simenfero ini nampak semacam baharu di Malaysia tetapi tidak di Indonesia. Apa yang dapat dikesan pengaruh budaya Bali ini telah lama berakar dalam binaan lanskap mereka.
Binaan simenfero berhampiran pintu masuk SMA Batu Sangkar
menyambut kunjungan
Tangga buatan
     Ketika ditanya kepada seorang kakitangan Hotel Bagindo, Bukittinggi, hotel tempat mereka mencari rezeki ini telah lebih 16 tahun beroperasi dan mereka mengesahkan hiasan dalaman ruang dalamnya memang begitu sejak dahulu.
Binaan kayu tiruan rumah seorang penduduk
     Dengan ini ternyata binaan simenfero menerupai suasana hutan sama ada di tangga atau ruang silingnya sudah lama begitu.
     Tertarik sekali saya melihat anak tangga berwajah kayu warna kehijauan dan alang siling yang juga begitu.
     Sewaktu melihat suasana persekitaran Istana Basa Pagaruyung, pastinya binaan berasaskan batu gunung di tangganya cukup mendominasi.


Batu gunung yang disusun cantik mendominasi tangga

No comments:

Post a Comment