SEWAKTU
berbual mengenai pelancongan tani (agro tourism) dengan Dato’ Bangsa Balang Mohamad
Dahalan Haji Alias dan isterinya, Cik Puan Rusni Meon sepanjang kunjungan
Pagaruyung-Bukit Tinggi minggu lalu, aku segera tertarik dengan konsep Ladang
Alam Warisan milik keluarganya.
Lihat rusa yang jinak ini... |
Mungkin melihat rasa ingin tahuku yang
tinggi, Dato’ Dahalan dan Cik Puan Rusni dengan senang hati menunjukkan
beberapa klip video aktiviti di ladangnya itu melalui telefon pintarnya,
Samsung dan IPhone.
Terpapar di skrin betapa jinaknya rusa
peliharaan yang tidak takut makan di tangan pengunjung. Kelihatan juga burung
Emu yang sering kulihat dalam rancangan The Sesame Street, kegemaran anak
bongsuku, Siti Adibah.
Dengan rendah diri, kedua-duanya
mengiyakannya.
“Kalau begitu, tentu satu-satunya destinasi
pelancongan di Negeri Sembilan yang memiliki burung ini,” kataku.
Sesuai dengan sifat pasangan bahagia ini
yang tidak suka menunjuk-nunjuk, mereka biarkan sahaja aku membuat rumusan
sendiri.
Rusa memandang manja menyambut kedatanganku |
Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian.
Cik Puan Rusni menjelaskan melalui Facebook; sepanjang hujung minggu itu Dato’
Dahalan yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Pilah terbabit dalam mesyuarat
perwakilan.
“Rabu nantilah,” Cik Puan Rusni memberi
tarikh baharu.
Seperti yang dijanjikan, aku tiba di Ladang
Alam Warisan sekitar jam 10.30 pagi dan kelihatan anggota keluarga ini berserta
kakitangannya sedang menguruskan dua ekor lembu yang menjadi korbannya tahun
ini.
Dato’ Dahalan tidak ada ketika itu kerana
sedang mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk kampung. Maka aku dilayan
oleh Cik Puan Rusni dan pemilik sebenar destinasi pelancongan baharu di Negeri
Sembilan yang mahu dikenali sebagai Bendahara Alam Warisan sahaja.
Bendahara juga tidak dapat berlama denganku
kerana dia perlu segera ke Kuala Lumpur untuk undangan memberi `talk’.
Sementara menunggu Dato’ Dahalan pulang, aku sempat merakam kawasan
persekitaran.
Untuk mendapat maklumat mengenai Ladang
Alam Warisan, sila kunjungi: https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan,
http://alamwarisanfarm.blogspot.com
atau
Ada MOU termetri di sini... |
No comments:
Post a Comment