Wednesday, October 16, 2013

Khazanah Tersembunyi di Ladang Alam Warisan (Bahagian 1)

SEWAKTU berbual mengenai pelancongan tani (agro tourism) dengan Dato’ Bangsa Balang Mohamad Dahalan Haji Alias dan isterinya, Cik Puan Rusni Meon sepanjang kunjungan Pagaruyung-Bukit Tinggi minggu lalu, aku segera tertarik dengan konsep Ladang Alam Warisan milik keluarganya.
Lihat rusa yang jinak ini...
     Mungkin melihat rasa ingin tahuku yang tinggi, Dato’ Dahalan dan Cik Puan Rusni dengan senang hati menunjukkan beberapa klip video aktiviti di ladangnya itu melalui telefon pintarnya, Samsung dan IPhone.
     Terpapar di skrin betapa jinaknya rusa peliharaan yang tidak takut makan di tangan pengunjung. Kelihatan juga burung Emu yang sering kulihat dalam rancangan The Sesame Street, kegemaran anak bongsuku, Siti Adibah.
Dua ekor lembu dikorbankan tahun ini
     “Ada burung Emu?,” aku bertanya ragu.
     Dengan rendah diri, kedua-duanya mengiyakannya.
     “Kalau begitu, tentu satu-satunya destinasi pelancongan di Negeri Sembilan yang memiliki burung ini,” kataku.
     Sesuai dengan sifat pasangan bahagia ini yang tidak suka menunjuk-nunjuk, mereka biarkan sahaja aku membuat rumusan sendiri.
Rusa memandang manja menyambut kedatanganku
     “Kalau begitu saya akan ke Ladang Alam Warisan dalam masa terdekat. Kalau boleh Sabtu nanti,” aku cuba membuat temujanji.
     Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian. Cik Puan Rusni menjelaskan melalui Facebook; sepanjang hujung minggu itu Dato’ Dahalan yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Pilah terbabit dalam mesyuarat perwakilan.
     “Rabu nantilah,” Cik Puan Rusni memberi tarikh baharu.
     Seperti yang dijanjikan, aku tiba di Ladang Alam Warisan sekitar jam 10.30 pagi dan kelihatan anggota keluarga ini berserta kakitangannya sedang menguruskan dua ekor lembu yang menjadi korbannya tahun ini.
     Dato’ Dahalan tidak ada ketika itu kerana sedang mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk kampung. Maka aku dilayan oleh Cik Puan Rusni dan pemilik sebenar destinasi pelancongan baharu di Negeri Sembilan yang mahu dikenali sebagai Bendahara Alam Warisan sahaja.
     Bendahara juga tidak dapat berlama denganku kerana dia perlu segera ke Kuala Lumpur untuk undangan memberi `talk’. Sementara menunggu Dato’ Dahalan pulang, aku sempat merakam kawasan persekitaran.
     Untuk mendapat maklumat mengenai Ladang Alam Warisan, sila kunjungi: https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan, http://alamwarisanfarm.blogspot.com atau 

Ada MOU termetri di sini...

Friday, October 11, 2013

Simenfero: Cantik Kalau Kita Bijak Merancang Konsep

RUANG bukanlah satu masalah apabila kita merancang lanskap. Ruang kecil persekitaran rumah, sekolah, pejabat atau hotel boleh kelihatan luas dan selesa dipandang sekiranya kita dapat memilih binaan dan tumbuhan yang sesuai.
     Dalam kunjungan ke Batu Sangkar, Pagaruyung, Bukittinggi dan kawasan persekitaran baru-baru ini, saya melihat penduduknya dapat memanfaatkan ruang dengan sebaik-baiknya.
     Misalnya dalam kunjungan ke rumah seorang teman di Pintu Kabun, Bukittingi, Puan Neti Anita ternyata memanfaatkan semaksimum mungkin ruang kecil berhadapan pintu masuk dengan tumbuhan hijau dan sedikit binaan buatan.
Ruang berhampiran pintu masuk rumah minimalis Ibu Neti Anita
     Sewaktu ke SMA Batu Sangkar pula, pihak sekolah juga memaksimumkan ruang berhadapan pintu masuk yang menurun dari aras jalan dengan binaan simenfero yang meniru rupa batang kayu, tunggul, buluh dan sebagainya.  
     Ternyata masalah adalah ruang lebar untuk berkreativiti.
     Kalaulah binaan simenfero ini nampak semacam baharu di Malaysia tetapi tidak di Indonesia. Apa yang dapat dikesan pengaruh budaya Bali ini telah lama berakar dalam binaan lanskap mereka.
Binaan simenfero berhampiran pintu masuk SMA Batu Sangkar
menyambut kunjungan
Tangga buatan
     Ketika ditanya kepada seorang kakitangan Hotel Bagindo, Bukittinggi, hotel tempat mereka mencari rezeki ini telah lebih 16 tahun beroperasi dan mereka mengesahkan hiasan dalaman ruang dalamnya memang begitu sejak dahulu.
Binaan kayu tiruan rumah seorang penduduk
     Dengan ini ternyata binaan simenfero menerupai suasana hutan sama ada di tangga atau ruang silingnya sudah lama begitu.
     Tertarik sekali saya melihat anak tangga berwajah kayu warna kehijauan dan alang siling yang juga begitu.
     Sewaktu melihat suasana persekitaran Istana Basa Pagaruyung, pastinya binaan berasaskan batu gunung di tangganya cukup mendominasi.


Batu gunung yang disusun cantik mendominasi tangga

Khidmat Lanskap

LANSKAP adalah sebahagian daripada bisnes kami. Bagi mereka yang ingin membangun lanskap sama ada di persekitaran rumah atau pejabat, bolehlah menghubungi kami.
Projek terbaharu yang kami laksanakan adalah di sebuah rumah berbandung setingkat di Taman Panchor Jaya.
Lihat apa yang sedang kami kerjakan dan lihat pula hasilnya dalam masa terdekat.