SELARI dengan matlamat penubuhannya,
Agro Kraf jalan seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk
mengurangkan jumlah tanah terbiar khususnya tanah adat.
Semalam kami membawa pelabur dari Kuala Lumpur untuk memajukan
tanah seluas tujuh ekar milik Abdul Talib Khamis (Lobai), pemilik tanah di
Kampung Pauh, Terachi.
Agro Kraf diberi tanggungjawab merekabentuk dan melaksana pelan
rekaletak, kerja-kerja lanskap dan penanaman pokok buah-buahan dan hiasan untuk
satu lagi tarikan pelancong ke daerah Kuala Pilah.
Kampung Terachi mempunyai potensi untuk dijadikan salah satu
produk pelancongan tani. Selain kaya dengan dusun durian, kampung sekitarnya
mempunyai kawasan ternakan udang yang agak luas, kawasan tanaman padi yang
menghijau dan Perkampungan Budaya yang terletak berhadapan jalan masuk ke Seri
Menanti.
Pengguna jalan raya yang ingin mengurangkan kesesakan boleh
singgah ke beberapa tempat tarikan pelancong ini sebelum meneruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment