Monday, September 9, 2013

Lokasi



IBU pejabat Agro Kraf terletak di Lot 235, Batu 7, Jalan Labu iaitu berhadapan dengan pintu masuk Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu. Beroperasi di sebuah banglo peninggalan Mr. Alfred Flower (Mohamed Farid) yang berasal dari Clapham Junction, England, Agro Kraf memulakan langkah dengan mengusahakan kawasan seluas 4.5 ekar yang sudah lama terbiar.
Kami beroperasi di banglo dan tanah yang kini diwarisi satu-satu anak perempuannya, Hajah Rohani Mohamed.
Dengan kedudukan yang strategik dalam kawasan pertumbuhan baharu Bandar Ainsdale dan susur keluar baharu tol Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang hanya terletak kira-kira empat Kilometer, kami merangka strategi untuk memenuhi keperluan ribuan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Seremban-Nilai.
Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri khususnya pemimpinannya, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan yang mahukan anak Labu menyahut cabaran hasil limpahan pembangunan negeri.
Di persekitaran Labulah nanti, penduduk Bandar Ainsdale akan menjamu selera dan di sinilah nanti mereka mendapatkan keperluan harian; ikan air tawar dan sayur-sayuran. Jangan kita tertinggal lagi!



No comments:

Post a Comment